Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah - Hallo sahabat the life of the muslim world, pada kesempatan kali ini, kami akan bebragi ilmu tetang islam yang berjudul Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah, saya telah menyediakan semaksimal mungkin, artikel ini sehingga bisa bermanfaat untuk sahabat sekalian, maka dari itu jangan sungkan untuk komentar dan membagikan tulisa ini kempada yang lainnya.

Penulis : Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah
judul artikel : Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

lihat juga


    Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

    Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

    Kita jangan keliru, apabila wanita disebut
    sebagai isteri , bukanlah untuk merendahkan
    taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu
    jaminan hak supaya mereka itu dipelihara,
    dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
    Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan
    tanggungjawab terhadap suami.
    Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang
    serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri
    yang mengabaikannya senang mendapat laknat
    dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri
    derhaka.
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam
    sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
    Radhiallahu Anha bermaksud:
    “Aku pernah bertanya kepada Baginda:
    “Siapakah orang yang paling berhak ke atas
    isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling
    berhak kepada isteri ialah suaminya”.
    Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah
    orang yang paling berhak ke atas suami?”
    Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak
    ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”
    (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
    Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda
    bersabda bermaksud:
    “Sekiranya aku dibenarkan untuk
    memerintahkan seseorang bersujud kepada
    orang lain nescaya aku perintahkan seorang
    isteri bersujud kepada suaminya.”
    (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
    Jika ada para isteri yang tidak menunaikan
    tanggungjawabnya kepada suami dengan
    sebaik-baiknya, dan menganggap
    tanggungjawab terhadap suami itu hanya
    membebankan dan menyusahkan dirinya, maka
    isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di
    dalam kategori isteri yang menderhaka atau
    nusyuz.
    Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu?
    Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan
    langkah waspada agar para isteri terhindar
    daripadanya.
    Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda
    isteri derhaka:
    1. Tidak mensyukuri kebaikan yang
    dilakukan suami
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
    bermaksud:
    “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku
    melihatnya seperti hari ini, kerana ada
    pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah
    aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah
    wanita.
    Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya:
    “Mengapa demikian ya Rasulullah?”
    Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan
    suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau
    engkau berbuat baik kepadanya seberapa
    banyak pun dia masih belum merasa berpuas
    hati dan merasa cukup.”
    (Riwayat al-Bukhari)
    Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu
    Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
    “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada
    kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan
    bertanya salah seorang daripada mereka:
    “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana
    mereka berzina atau membunuh anak atau
    kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini
    ialah mereka yang menggunakan lidah
    menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan
    nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
    (Riwayat Muslim)
    Ibnu Asakir pula menyebut:
    “Apabila seorang isteri berkata kepada
    suaminya, aku belum pun melihat atau merasa
    nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu
    gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
    2. Menyakiti hati suami
    Isteri yang suka menyakiti hati suami akan
    menerima balasan buruk sebagaimana sabda
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka
    isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah
    kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu,
    kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah
    sebagai orang asing yang akan berpisah
    denganmu menuju kami.”
    (Riwayat Ibnu Majah)
    3. Puasa sunat tanpa keizinan suami
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa
    sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak
    dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan
    seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin
    suaminya.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    4. Keluar rumah tanpa izin suami
    “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan
    suaminya membencinya, dia dilaknat oleh
    semua malaikat di langit, dan semua apa yang
    dilaluinya selain daripada jin dan manusia
    sehingga dia kembali.”
    (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-
    Awsat)
    5. Meminta cerai daripada suami
    Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam
    bermaksud:
    “Mana-mana isteri yang meminta suaminya
    menceraikannya dengan tiada sebab yang
    dibenarkan oleh syara haram baginya bau
    syurga.”
    (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
    6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    “Apabila memanggil suami akan isterinya ke
    tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga
    marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita
    itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau
    tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang
    akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya
    akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi
    kita semua, khususnya kaum ister


    Demikianlah Artikel Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah

    the life of the muslim world Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan the life of the muslim world kali ini.

    Anda sedang membaca artikel Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah dan artikel ini url permalinknya adalah https://jumro.blogspot.com/2014/07/ciri-ciri-isteri-derhaka-menurut.html Semoga artikel ini bisa bermanfaat.

    Related Posts :

    0 Response to "Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah"